Thursday, March 15, 2012

Seni Ukiran Seni Agong Bangsa Melayu

Seni ukiran Melayu merupakan seni ukiran yang unik. Sejarah seni ukiran Melayu ini dipercayai telah bermula pada zaman prasejarah lagi. Ini disebabkan telah wujudnya tukang kayu dan tukang ukir pada zaman tersebut di alam Melayu. Bukti yang menunjukkan seni ukiran Melayu wujud pada zaman tersebut dapat dibuktikan dengan penemuan belanga, gelang, kendi, pinggan mangkuk dan sebagainya berhiaskan ukiran yang sederhana. 
       Kemudian seni ukiran ini berkembang pada zaman Hindu-Budha. Pada zaman tersebut pengaruh Hindu-Budha yang tersebar di dalam Melayu telah memberikan pengaruh yang besar dalam adat resam Melayu. Pengaruh tersebut terjadi sebelum kedatangan Islam. Tetapi setelah kedatangan Islam semua pengaruh tersebut di tinggalkan dan di ganti dengan pengaruh Islam. Pada zaman Hindu-Buddha ini kepercayaan tersebut di dalam masyarakat Melayu banyak digunakan misalnya dalam bahasa, adat istiadat, perbomohan, seni bina dan yang paling menonjol adalah dalam seni ukiran Melayu. 
        Selepas zaman Hindu-Buddha muncul pula zaman Islam. Kedatangan Islam telah merubah persepsi masyarakat pada masa tersebut. Pengaruh Hindu-Buddha telah digantikan dengan dengan dengan agama Islam dan telah mendapat tempat dalam budaya dan amalan masyarakat Melayu. Nilai-nilai agama telah mula digabungkan di dalam kehidupan seni mereka dan seni ukiran juga telah mendapat perhatian. Sebelum ini dalam ukiran Melayu motif binatang digunakan telah dihilangkan sedikit demi sedikit dan digantikan dengan elemen-elemen Islam seperti tulisan khat, ayat-ayat al-Quran dan sebagainya. Tetapi elemen-elemen yang berasaskan tumbuhan, alam flora masih di kekalkan.
        Seni ukiran yang Melayu yang mengvndungi elemen-elemen Islam telah kekal sehingga sekarang. Seni ukiran ini kita dapat lihat terutamanya di rumah-rumah trvdisional Melayu, istana raja-raja Melayu dan banyak lagi. Seni ukiran ini pada masa sekarang bole mencecah jutaan ringgit untuk menghasilkannya. Ini kerana ukiran Melayu mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan tinggi dengan nilai estetik.

No comments:

Post a Comment