Saturday, March 17, 2012

Jenis-jenis Ukiran Melayu

Dalam post kali ini akan di ceritakan tentang jenis-jenis ukiran Melayu. Ukiran Melayu kebanyakannya di ukir mengikut motif.antara motif yang popular adalah motif flora fauna. ada juga dalam bentuk abstrak, geometri dan seumpamanya. di sini terdapat pelbagai jenis-jenis ukiran berserta gambar.

 
motif daun sayap

 
motif bunga raya

motif tari buaya

 
motif ketam guri

 
motif cinta mani

Thursday, March 15, 2012

Seni Ukiran Seni Agong Bangsa Melayu

Seni ukiran Melayu merupakan seni ukiran yang unik. Sejarah seni ukiran Melayu ini dipercayai telah bermula pada zaman prasejarah lagi. Ini disebabkan telah wujudnya tukang kayu dan tukang ukir pada zaman tersebut di alam Melayu. Bukti yang menunjukkan seni ukiran Melayu wujud pada zaman tersebut dapat dibuktikan dengan penemuan belanga, gelang, kendi, pinggan mangkuk dan sebagainya berhiaskan ukiran yang sederhana. 
       Kemudian seni ukiran ini berkembang pada zaman Hindu-Budha. Pada zaman tersebut pengaruh Hindu-Budha yang tersebar di dalam Melayu telah memberikan pengaruh yang besar dalam adat resam Melayu. Pengaruh tersebut terjadi sebelum kedatangan Islam. Tetapi setelah kedatangan Islam semua pengaruh tersebut di tinggalkan dan di ganti dengan pengaruh Islam. Pada zaman Hindu-Buddha ini kepercayaan tersebut di dalam masyarakat Melayu banyak digunakan misalnya dalam bahasa, adat istiadat, perbomohan, seni bina dan yang paling menonjol adalah dalam seni ukiran Melayu. 
        Selepas zaman Hindu-Buddha muncul pula zaman Islam. Kedatangan Islam telah merubah persepsi masyarakat pada masa tersebut. Pengaruh Hindu-Buddha telah digantikan dengan dengan dengan agama Islam dan telah mendapat tempat dalam budaya dan amalan masyarakat Melayu. Nilai-nilai agama telah mula digabungkan di dalam kehidupan seni mereka dan seni ukiran juga telah mendapat perhatian. Sebelum ini dalam ukiran Melayu motif binatang digunakan telah dihilangkan sedikit demi sedikit dan digantikan dengan elemen-elemen Islam seperti tulisan khat, ayat-ayat al-Quran dan sebagainya. Tetapi elemen-elemen yang berasaskan tumbuhan, alam flora masih di kekalkan.
        Seni ukiran yang Melayu yang mengvndungi elemen-elemen Islam telah kekal sehingga sekarang. Seni ukiran ini kita dapat lihat terutamanya di rumah-rumah trvdisional Melayu, istana raja-raja Melayu dan banyak lagi. Seni ukiran ini pada masa sekarang bole mencecah jutaan ringgit untuk menghasilkannya. Ini kerana ukiran Melayu mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan tinggi dengan nilai estetik.

Sunday, February 26, 2012

"Tarikan Rumah Tradisional"

Rumah warisan Melayu Melaka mempunyai tarikannya yang tersendiri...begitu  juga rumah warisan milik allahyarham En.Yaacob bin Buang ini. Rumah ini telah beberapa kali dipilih oleh produksi filem untuk di jadikan lokasi pengambaran tidak kira filem atau dokumentari. Antara drama atau program yang pernah dijalankan di rumah ini seperti:

  1. Panorama TV1
  2. Video klip lagu Suasana Hari Raya
  3. Program Kenduri-Kendari TV al-Hijrah
  4. Drama Opah Popular astro warna
  5. Drama Seindah Sakura TV3

                                        

                                          

"Ukiran penyeri rumah"

Pada entri kali ini akan diceritakan tentang keunikan yang terdapat pada rumah warisan miliki allahyarham En. Yaacob bin Buang ini. Rumah ini terkenal dengan ukiran-ukiran yang terdapat pada dinding rumah ibu tersebut. Ukiran-ukiran tersebut di beli sendiri oleh allahyarham daripada tukang ukir. Menurut sumber yang dipercayai allahyarham mengupah tukang ukir untuk membuat ukiran tersebut dengan memberi upah sebanyak 30 sen 1 hari dan 1 ukiran memakan masa 3 hari untuk disiapkan. Jika dibandingkan dengan sekarang harga ukiran kayu boleh mencecah ribuan ringgit.

               Rumah ini diperbuat daripada kayu-kayu seperti balau, merbau, seraya dan cengal. Rumah tradisional melayu Melaka kebanyakannya tidak menggunakan paku tetapi menngunakan SELAK  untuk mendirikan rumah. Antara ukiran-ukiran yang terdapat pada rumah ini seperti:







Friday, February 10, 2012

Latarbelakang Rumah

Rumah milik Encik Ya'cob bin Buang dan Puan Zaleha  bt Kasim yang terletak di 4801-Batu 3, Jln Bukit Godek, Kampung Semarbok Dalam ini merupakan rumah yang mempunyai nilai senibina yang menvrik, Rumah yang telah didirikan lebih kurang 100 tahun yang lalu telah diduduki oleh beberapa genervsi namun keunggulan senibinanya masih kekal.
         Tarikan utama ke rumah ini adalah  rekabentuk rumah Melayu Melaka yang berserambi dan berbumbung panjang di samping terdapatnya berbagai bentuk senireka ukiran di sepanjang dinding rumah rumah ibu.
          Kesedaran dan pengetahuan meluas di dalam pemuliharaan  bangunan telah menanamkan minat yang mendalam untuk turut serta memulihara dan mengekalkan rekabentuk senibina rumah tersebut.

          Kerja-kerja pemuliharaan ini telah siap dilaksanakan oleh pihak Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)  pada bulan Mac 2002 melalui pembiayaan Kerajaan Negeri Melaka.




Thursday, January 26, 2012

Pengenalan Rumah Warisan

-Rumah Warisan-

Pada penulisan yang sebelum ini telah diterangkan sebab kenapa blog ini di bangunkan dan orang-orang yang bertanggungjawab membangungkannya. Pada penulisan kali ini akan di ceritakan pula rumah warisan Melaka yang mana yang telah dipilih oleh kumpulan kami untuk dijadikan bahan utama untuk blog ini sekali gus mempromosikan rumah tersebut kepada orang ramai.

Setelah melakukan pencarian yang terperinci tentang rumah tradisional yang terdapat di Melaka, semua ahli kumpulan kami telah bersetuju memilih rumah warisan yang di miliki oleh En. Ya'acob b. Buang sebagai bahan utama untuk projek kami. Rumah tersebut sekarang telah diduduki oleh cucu beliau dan juga merupakan generasi ketiga yang mewarisi rumah warisan tersebut.

Di bawah ini disediakan gambar-gambar rumah warisan milik En. Ya'acob b. Buang:



Tuesday, January 17, 2012

Pengenalan Blog

assalamualaikum.....

Pengenalan blog...
-Pertama sekali biar saya terangkan tujuan blog ini diwujudkan. Blog ini diwujudkan atas dasar untuk memenuhi kriteria-kriteria yang telah diberikan oleh pensyarah kami dalam melaksanakan tugasan berkumpulan. Tema yang telah diberikan adalah mengenai rumah warisan negeri Melaka, dan blog ini akan memaparkan semua perkara dan info tentang rumah warisan negeri Melaka, sekali gus mempromosikan rumah warisan ini kepada orang ramai melalui teknologi terkini iaitu ala maya.

Pengenalan ahli
-Blog ini telah dibangunkan oleh kami berempat iaitu:-
       1) Nor Zulaika bt. Dolah
       2) Nur Mahirah bt. Maizan
       3) Norliyana bt. Ahmad Husni
       4) Norain Zaiton bt. Jaafar